Thank's para Bloger yang telah berkunjung..." Semoga Apa yang Saya Berikan di Blog Saya Dapat Bermanfaat Untuk Anda.." Tertima kasih.. Atas kunjungannya... Jangan Lupa.. 'FOLLOW BACK Yach.."Blogsaya.. Wasalammualaikum..Wr.Wb..............

Minggu, 22 Agustus 2010

Masalah Sosial dikalangan Remaja


Assalamualaikum w.b.t..Sebagai remaja, saya amat tertarik dengan tajuk khutbah jumaat yang disampaikan pada minggu ini iaitu "Gejala Sosial Remaja". Jumlah gejala ni semakin hari semakin meningkat dan telah mencapai ke tahap yang amat membimbangkan. Sekiranya masalah ini tidak dapat diselesaikan, tak mustahil 20@30 tahun akan datang reputasi negara akan jatuh dan negara akan menjadi huru-hara.

Kemajuan negara pada masa akan datang adalah bergantung pada remaja kita yang ada pada hari ini. Saya amat berminat dengan kenyataan Ibnu Khaldun.. “Remaja yang baik pada hari ini, adalah pemimpin yang baik pada masa akan datang”.

Terdapat banyak faktor-faktor yang mendorong kepada masalah ini. Antara faktor-faktor tebut. :-

1 - Kurangnya didikan agama
Masalah didikan agama yang kurang adalah faktor yang paling utama dalam masalah sosial remaja. Didikan agama yang secukupnya mampu menjadi penghalang@dinding daripada melakukan perkara-perkara tidak elok. Oleh itu, ibubapa memastikan anak-anak mereka mempunyai didikan agama yang secukupnya untuk menempuhi cabaran dunia kini terutamanya pada peringkat awal kanak-kanak.

2 - Kasih sayang daripada keluarga
Kekurangan nilai kasih sayang yang dicurahkan oleh ibubapa kepada anak-anak menyebabkan anak-anak memberontak dan merasa tidak selesa berada dirumah dan lebih selesa berfoya-foya dengan kawan-kawan diluar sana. Ini kerana remaja tidak mempunyai tempat untuk mengadu dan untuk mencurahkan segala masalah mereka dan terasa terasing bila berada dirumah.

3 - Pengaruh rakan-rakan
Tidak dinafikan bahawa seseorang remaja ingin mecari kawan yang ramai dan berkawan tanpa memilih samada baik atau sebaliknya. Kalau berkawan dengan kawan yang baik. Alhamdulillah.. Tambahan pula mendapat kawan yang dapat membimbing kita. Tetapi kalau berkawan dengan orang yang kurang baik. Sudah semestinya akan terikut-ikut dengan perangai kawan-kawan mereka. Ini kerana perasaan seseorang remaja yang ingin mencuba perkara baru dalam hidup mereka dan tidak menghiraukan halal haram.

4 - Pengaruh media massa
Media massa samada media cetak ataupun media elektronik sekarang banyak memaparkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya di siarkan dan diluluskan untuk pratonton masyarakat Islam. Ia sedikit sebanyak akan mempengaruhi minda remaja. Kalau dulu, dalam filem-filem melayu susah untuk melihat agenda-agenda lucah tetapi sekarang dah makin banyak agenda tersebut ditontonkan dan sekarang isu berkaitan aksi separuh bogel oleh pelakon Zul Handy Black dan Ana Dahlia dalam filem Mantra.

5 - Keadaan sekeliling
Keadaan sekeliling yang dimaksudkan adalah terdapatnya pusat-pusat hiburan, karaoke, pusat judi, tempat-tempat maksiat dan sebagainya akan menyebabkan remaja lalai dengan hiburan duniawi semata-mata. Lebih-lebih lagi remaja pertama yang kali pertama kali ke tempat tersebut dan boleh dikatakan kejutan budaya.

Merujuk faktor-faktor diatas, peranan ibubapa amat penting untuk memastikan anak-anak mereka tidak terjebak dalam masalah ini. Tanggungjawab dan cabaran ibubapa dalam mendidik anak-anak pada masa sekarang amat sukar disebabkan pengaruh luar seperti yang di nyatakan diatas.

Selain ibubapa, peranan institusi pengajian, badan-badan kerajaan dan masyarakat juga penting untuk mengelakkan perkara sebegini terjadi. Seperti institusi pengajian, memperketatkan undang-undang dan disiplin pelajar supaya tidak terdedah aktiviti luar dan juga memperbanyakkan pengajian Agama Islam supaya dapat membentuk akhlak mulia. Bagi pihak kerajaan umumnya. Hendaklah menutup atau mengehadkan pusat-pusat hiburan dan kerap memantau tempat-tempat yang sering berlakunya maksiat.

p/s :- Hanya pendapat saya semata-mata. Kalau ada salah silap berbicara harap dimaafkan..

Bookmark and Share

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Related Posts with Thumbnails

TV ONLINE

    Warung Bebas TV Streaming
     

    link partner

    Special Thanks To :

    my grup

    ••۰∞°◊kRεmz≈K◊°∞۰••· | Template Ireng Manis © 2010 ~KremzeK~. Distribution by ~KremzeK~. blog partner ·••۰∞°◊JεNIΦR≈X◊°∞۰••· and zaxsqiieit